Tags

CIMG1076Bandar sibu dihias dengan tanglung… bercahaya dengan warna merah.. masa ya tengah bawa isteri shooping kat bandar sibu, terlihat le tanglung-tanglung tu.

CIMG1115Hari jadi ameer hari ke 10, diraikan di sibu bersama-sama dengan sepupunya sekali, yang datang Talib serta keluarga, Syamsul serta keluarga, emak, bapa dan adik Rozy.

CIMG1122Majlis hari jadi Ameer Hariz..

CIMG1128Kek hari jadi, ditempah sahaja tak sempat nak buat..

CIMG1122Menjamu selera dalam majlis hari jadi Ameer Hariz..

CIMG1141Dari kiri emak, kawan mak, udak yah dan bapa.

CIMG1145Rumah kat Sibu dua tingkat tapi kat bahagian atas tak ada nak duduk, penat sangat nak naik turun tangga, jadi semua tidur kat bawah.

CIMG1165Balik kat Limbang buat le rumah terbuka, yang hadir ipar-ipar serta keluarga, tenaga kerja cuma dua orang, jadi buat le nasi katok, makanan kegemaran anak-anak, ayam goreng, ikan tunok berserta le dengan kuih-kuih raya dan biskut..selera semua makan terutamanya nasi katok..

CIMG1175Sedang kusyuk menjamu selera…sambil berbual-bual..

CIMG1186Siang bergaduh, malam tidur bersama, zulaikha dan Humaira, ni le kerja anak dara saya ni, sepanjang perjalanan ke Sibu dan Matu asyik bergaduh, emaknya jadi hakim tak bertauliah, penat mamanya tapi tetap cantik…

CIMG1187Ameer Hariz terlena selepas main games, cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk bermain games hinggakan tak dapat dihabiskan games yang di’downloud’kan, sentiasa bertemankan lap top nya tu..

CIMG1191ni pula sedang mencuci pinggan mangkuk, Humaira, dah puas bergaduh dengan kakaknya Zulaikha rajin pulang nolong ibunya…

CIMG1189Hasil karya Siti Humaira, hidup yang sentiasa riang dan gembira, zaman kanak-kanak penuh dengan keceriaan dan penuhilah hidup mereka dengan keriangan bersertakan agama…