Tags

Dah  4 hari kat Kota Tinggi ni, ada pemeriksaan ckit di kawasan Felda, tinggal kat hotel Seri Kota bersebelahan dengan sungai (ada tebingan sungai) dapat tengok sungai tapi berwarna dah. Pada tahun 2002, Kota Tinggi mengalami banjir besar, semua aktiviti terhenti dan banyak yang mengalami kerugian. Sekarang pekan ini berkembang semula dan aktiviti berjalan seperti biasa.

Jika dilihat, majoriti orang kat cni banyak yang berketurunan jawa, tapi ramah-ramah. Ini merupakan kali ke 2 datang ke cni untuk urusan kerja. Tinggal di hotel yang sama juga sebab berhampiran dengan kedai makan (banyak gerai-gerai), surau dalam 1 km lebih dan supermarket.

Bila hujung minggu, ramai orang Singapore datang untuk shopping dan pergi ke Pantai Desaru bersama keluarga. Sibuk ckit le gerai-gerai makanan keran dikunjungi oleh orang Singapore yang memberi sumber rezeki kepada penduduk tempatan.

Aku hanya berulang-alik dari tempat pemeriksaan iaitu Felda Lok Heng Timur setiap hari dan sebelah petang hingga malam hanya ke surau serta ke supermarket untuk membeli makanan sebagai alas perut bila lapar. Kat surau jumpa dengan pak bilal yang dah berumur dalam 50an yang begitu rajin bercerita dan bertanya bermacam-macam soalan. Kat surau yang datang hanyalah peniaga-peniaga yang berjual di skitar surau tersebut, sebenarnya surau ni dalam pekan, mungkin khas untuk peniaga-peniaga yang berniaga di ctu. Waktu zohor, asar ramai yang berjemaah hingga 2 saf lebih dan waktu maghrib dan isyak hampir penuh kepada 2 saf. Dan waktu subuh, kadang-kadang 2-4 orang, imam, isteri imam, bilal dan seorang hamba Allah.

Cuma aku tak bawa kamera nak perlihatkan keadaan pekan ni…nanti le ye

catatan seorang ayah yang berjauhan dengan keluarga di Limbang, sarawak..