Tags

Hujung tahun 2009 tadi, saya sekeluarga telah melancong ke Sabah, negeri dibawah bayu(tahun lepaspun Sabah juak)…antara destinasi saya dan keluarga sekitar Kota Kinabalu(KK), Ranau dan Kundasang. Tinggal kat Komplek Tabung Haji KK, tempat penginapan yang ada di kompleks tersebut agak lama dan banyak peralatan dan perkakasan yang ada kat bilik tu rosak dan service kurang sikit(hari ketiga bilik tak dikemas, tiada sabun, alas kaki, air minuman dll). Mungkin terkena bilik yang tak selesa dan tak pasti dengan bilik yang lain… Hari pertama trip saya dan keluarga di sekitar bandaraya KK, pergi le di kompleks membeli belah bersama anak-anak, malam aktiviti dalam bilik aje, anak-anak kepenatan tapi happy. Hari kedua saya dan keluarga ke Kundasang dan Ranau, tempat yang sejuk dan nyaman. Saya dan keluarga bertolak jam 9.00 lebih pagi tapi akhir juga dengan kerenah anak-anak yang nak bersarapan di Mcdonald, cuma saya dan keluarga hanya singgah lalu saja di dua tempat tu, singgah hanya untuk membeli cenderahati saja…yang banyak membeli ni anak-anak saja..saya dan isteri cuma tumpang happy dengan kerenah mereka ni..Hari ketiga tu, sebelah pagi hingga tengahari hanya duduk dalam bilik saja, sebelah petang pergi ke pantai Tanjung Aru dan pantai Likas serta singgah di Suria Sabah(betul ke nama ni, lupa pula), tempat ni baru dibuka..tak banyak kedai yang ada. Hari keempat saya dan keluarga ke Taman Tun Fuad Stephen, tempat untuk beriadah serta tempat permainan kanak-kanak. Tengahari tu terus bertolak ke Limbang dan singgah sekejap di Kampung Punang(di rumah ipar, Abg Zaini) nak beli ikan tahai yang salut dengan sambal(cacap kata orang Lawas). Sampai di rumah dekat-dekat Maghrib, semuanya keletihanan. Dan kat bawah ni ada le sikit gambar-gambar yang sempat diambil semasa di Sabah tu…