Produk Daun Mandi-Mandian Selepas Bersalin

BULAN lepas aku singgah sebentar di pasar tamu yang kat belakang tu. Di belakang bangunan pasar tamu di belakang tu terdapat penjaja yang terdiri daripada penduduk kampung seberang(kebanyakan dari kampung sungai). Kebanyakan yang menjaja di belakang tu orang-orang tua, barangan yang dijual kebiasaannya makanan, tanaman dan ubat-ubatan tradisional. Di suatu sudut tempat penjaja tu, aku terpandang daunan kering dan bunga-bunga kering yang dijual oleh seorang wanita tua. Ia dibungkus dan disusun rapi menggunakan kertas suratkhabar lama seolah-olah seperti kuntuman bunga. Continue reading

Salam Aidil Adha

ESOK hari raya haji akan disambut oleh segenap umat Islam di seluruh dunia. Dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha dan jadikanlah episod yang berlaku dalam keluarga Nabi Ibrahim a.s. sebagai iktibar dan ikutan kepada seluruh umat Islam.

Tanpa pengorbanan yang dibuat oleh mereka-mereka yang terdahulu pasti kita tidak mengecapi erti kehidupan yang sebenar di dunia yang fana ini. Kehidupan di dunia ini hanyalah lakonan semata-mata, kehidupan yang sebenar hanyalah di alam akhirat kelak. Buatlah persiapan untuk ke alam yang kekal dan abadi selamanya.

Pengangkutan Jalan Air Limbang : Perkhidmatan Yang Dipelbagaikan

HARI Isnin tadi aku pergi ke Kampung Seberang Kedai untuk berjumpa dengan ketua kampung di situ. Tapi nasib aku tak berapa baik sebab, ketua kampung telah pergi ke laut untuk menangkap ikan. Aku cuma dapat berjalan di sekitar kampung itu sahaja dan meninjau tempat membuat perahu. Suasana di kampung Seberang Kedai agak tidak terurus dan jalan-jalan kayu yang dibina banyak yang dah buruk dan rosak, begitu merbahaya bagi pejalan-pejalan kaki.

Continue reading